Dalam Kitab Muhimmah, Sebahagian Ulama berkata, “Jangan kahwini wanita yang memiliki enam sifat ini;
1. Al-Ananah;
Wanita yang selalu mengeluh. Sedangkan dia sentiasa menghias diri. Berkahwin dengan wanita seperti ini hanya akan lebih menyakitkan hati dan tidak memberikan pahala kepada suaminya.
2. Al-Mananah;
Wanita yang banyak mengungkit dengan suaminya. Dia berkata, “Aku sentiasa melakukan kebaikan kepadamu sedangkan tiada satu kebaikan pun yang kau lakukan untukku.”
3. Al-Hunanah;
Wanita yang mengimpikan suami lain. Ini adalah antara sifat yang wajib dijauhi daripada berkahwin dengannya.
4. Al-Hudaqah;
Wanita yang selalu mahukan sesuatu dan meminta suaminya belikan untuknya.
5. Al-Buraqah; Ada dua makna:
i. Wanita yang sepanjang hari berhias sehingga tidak mempedulikan suami dan kerjaya rumahnya
ii. Wanita yang selalu merungut dgn pemberian suaminya dan selalu merasakan pemberian suaminya itu tidak pernah cukup.
6. As-Salaqah;
Wanita yang banyak berleter.
Tilik dalam Kitab Muhimmah.. Tok Musonif pesan situ.
Bermula yang terlebih jahat sifat lelaki itu iaitu yang terlebih baik bagi sifat perempuan iaitu tiga perkara : Saidina Ali berkata, “Ada tiga sifat yang buruk bagi lelaki suaminya yang baik:
1. Al-Bukhlu;
Kedekut. Wanita yang kedekut akan menjaga harta suaminya dgn baik.
2. Az-Zuhu;
Sombong. Ini kerana dia tidak akan melayan orang sebarangan. Jadi suaminya tidak perlu merasa cemburu terhadapnya.
3. Al-Jubnu;
Penakut. Ini kerana wanita yang penakut tidak akan keluar rumahnya dan akan mentaati suaminya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
الفقــــــــير الــى الله
والله أعلـــــــم.
اّميـــــــن